UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN WEB BROWSER 'GOOGLE CHROME'.

Tuesday, November 23, 2010



FAKULTI  PENDIDIKAN DAN BAHASA
____________________________________________

HBMT2103 PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 2
SEMESTER SEPTEMBER 2010
____________________________________________

TAJUK:

ISIPADU CECAIR


DISEDIAKAN OLEH:

JUNIDAH AWANG ZAKARIA
NO I/C 711105-06-5144
NO.MATRIK:711105065144002
IPG TG.AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG

NAMA TUTOR

EN.ABDUL GHAFAR BIN JAAFAR
IPG TG.AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS

Sunday, November 21, 2010

PENGENALAN

Pendidikan Matematik di Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Negara ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Matlamat Pendidikan Matematik di Malaysia bertujuan melahirkan individu yang berfikiran Matematik dan dapat diaplikasikan pengetahuan Matematik dalam kehidupan seharian. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu pembelajaran Matematik bermula dari sekolah rendah lagi. Begitu juga dengan pengajaran matematik Tahun 2 berkaitan dengan tajuk Isipadu cecair.

Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid Tahun 2 ialah topik melibatkan asas pengukuran seperti ukuran panjang,timbangan berat dan isipadu cecair. Topik-topik ini melibatkan pengalaman murid dan dapat diaplikasikan  dalam kehidupan seharian murid.


Seseorang guru Matematik harus peka dengan masalah salah konsep di kalangan murid mengenai isipadu cecair. Kebanyakan murid biasanya akan menyatakan bekas yang tinggi akan mengisi lebih banyak air berbanding bekas yang pendek. Guru harus bijak menangani masalah ini dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai seperti bahan 'realia' atau bahan sebenar bagi menjelaskan konsep ini. Murid akan cuba membuat perbandingan secara langsung dalam fasa persediaan proses pengajaran dan pembelajaran dan membuat perbincangan dengan guru. Di samping itu juga, penggunaan bahan sebenar dapat memupuk minat dan menimbulkan keseronokan dalam proses pembelajaran Matematik. Guru juga perlu mempelbagaikan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid dan memberi latihan berterusan agar kefahaman murid terhadap konsep isipadu cecair jelas dan berkesan.