UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN WEB BROWSER 'GOOGLE CHROME'.

Aktiviti Pembelajaran

      Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi memperkembangkan   
       kemahiran konsep isipadu cecair di kalangan murid yang mempunyai pelbagai kebolehan
      Di antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah:


Aktiviti 1 ( Kumpulan Berpencapaian Rendah)

Hasil Pembelajaran    
   Murid dapat menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai

Bahan-bahan            
     Satu baldi air, pelbagai bekas berbeza saiz, gelas, jadual ringkas, kad gambar, kad perkataan dan lembaran kerja


Langkah-langkah     :
  • Murid membawa bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti kumpulan.
  • Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 orang murid
  • Setiap  kumpulan diberikan sebaldi air dan dua jenis bekas yang berbeza .Contohnya: besen dan jag
  • Setiap kumpulan cuba mengisi bekas tersebut dengan air mengunakan gelas yang disediakan.
  • Salah seorang ahli dalam kumpulan melengkapkan jadual yang disediakan oleh guru.
          a) Besen = ___________ gelas air

          b) Jag     = ___________ gelas air


  •      Murid menjawab soalan yang disediakan oleh  guru
               1.    BEKAS MANA YANG BOLEH MENGISI LEBIH AIR?
                      _________________________

              2.     BEKAS MANA YANG BOLEH MENGISI KURANG AIR?
                      ______________________


  • Murid juga menjalankan aktiviti menggunakan kad-kad gambar yang disediakan oleh guru. Berdasarkan kad gambar dan kad perkataan yang disediakan murid melengkapkan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan gambar.
  •  Murid menjawab soalan di LEMBARAN KERJA 1 DAN LEMBARAN KERJA 2.


       
       Aktiviti 2 ( Kumpulan Berpencapaian Tinggi)

        (Permainan Bicara IQ Maths)

Hasil Pembelajaran    
Murid dapat membandingkan isipadu cecair dan dapat menjelaskan serta menulis perbandingan isipadu di antara ketiga-tiga bekas.
                                                                            
Bahan-bahan              
  Satu bekas biji sagu, bekas/botol yang sama saiz ( 3 bekas setiap kumpulan),permainan matematik ( laman web) dan 5 keping manila kad dan pen marker.
                                       
                                        
Langkah-langkah      :  
  • Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil ( 5 orang satu kumpulan)
  • Murid diberikan dengan sebekas biji sagu , 3 bekas /botol yang sama saiz atau bentuk (boleh didapati di makmal sains sekolah) atau di bawa oleh murid ,sekeping manila kad dan pen marker.
  • Setiap kemudian dikehendaki mengisi  kesemua biji sagu yang diperolehi dalam kumpulan mengikut kreativiti kumpulan. Murid melabel bekas atau botol.
         BOTOL / BEKAS  A  
         BOTOL / BEKAS  B   
          BOTOL /  BEKAS  C   
  • Setelah selesai mengisi kesemua  biji sagu dalam masa yang ditetapkan. Setiap kumpulan diminta membuat perbandingan di antara ketiga-tiga bekas itu menulis hasil kerja kumpulan masing-masing di manila kad yang diberikan.
          Contoh:      BEKAS A MENGANDUNGI LEBIH BIJI SAGU BERBANDING BEKAS C
                                       BEKAS B MENGANDUNGI  KURANG BIJI SAGU BERBANDING BEKAS A
 
  • Wakil setiap kumpulan cuba membentangkankan hasil kerja mereka.
  • Secara berpasangan murid  melayari internet iaitu permainan matematik
                                                            www.mathisfun.com/games/

  • Murid diberi lembaran kerja sebagai latihan di rumah