UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN WEB BROWSER 'GOOGLE CHROME'.

BBM

         Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting bagi memastikan kefahaman murid tentang sesuatu konsep dalam pengajaran matematik. Ianya juga dapat memupuk perasaan ingin tahu murid dan kefahaman konsep  Matematik tentang sesuatu topik yang akan diajar. Kurikulum Matematik menekankan aktiviti berpusatkan murid Guru boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar bersesuaian denan tahap kebolehan murid secara optimum. Terdapat pelbagai jenis bahan bantu mengajar seperti bahan elektronik, bahan bukan elektronik dan juga bahan sebenar atau bercorak pengalaman. Di antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru  bagi tajuk isipadu cecair ialah:

Bahan Bantu Mengajar 1  (Bahan sebenar atau bahan 'realia')
Di antara  bahan bantu mengajar  yang boleh digunakan dalam membuat pengukuran isipadu cecair ialah air, pasir, biji sagu, kiub-kuib pelbagai warna dan sebagainya.Penggunaan air yang pelbagai warna juga boleh digunakan untuk menarik minat murid
Penggunaan bekas makanan dan minuman juga mudah didapati untuk membuat perbandingan kapasiti air menggunakan unit bukan piawai.
Contoh:
Satu besen dapat dipenuhi dengan 7 cawan air,
Satu jag dapat dipenuhi dengan 8 cawan air, maka murid akan membuat perbandingan bekas yang dapat mengisi lebih atau kurang air.



Penggunaan bahan bantu yang tedapat di bilik sains atau makmal  boleh digunakan untuk membuat perbandingan kapasiti cecair menggunakan unit piawai ( liter dan mililiter).Ianya sesuai untuk semua tahap kebolehan murid.

Bahan bantu Mengajar 2 ( kad-kad gambar/kad perkataan dan ICT)

Penggunaan kad-kad gambar atau kad perkataan boleh digunakan oleh guru dalam proses perkembangan.pembelajaran. Murid akan menggunakan kad gambar atau kad perkataan dalam aktiviti  kumpulan atau secara berpasangan . Penggunaan kad gambar atau  kad perkataan Matematik juga dapat memperkukuhkan kefahaman murid tentang sesuatu konsep.

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) juga dapat mempertingkatkan dan menimbulkan keseronokan kepada murid. Apabila murid sudah menguasai kemahiran Matematik , seseorang guru juga boleh  menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Penggunaan CD interaktif dapat menarik minat murid untuk belajar Matematik.Dewasa ini pelbagai laman web yang boleh dilayari yang bersesuaian dengan tahap kebolehan seseorang murid. Permainan matematik juga boleh dilayari dengan mudah. Antaranya ialah:

Laman web ini sesuai untuk semua tahap kebolehan murid dan guru perlu membantu dan membimbing murid yang berpencapaian rendah secara individu. Ini bertujuan untuk memotivasikan murid pencapaian rendah menggunakan ICT dalam pembelajaran.